Tuesday 27 March 2012

CUP CAKE ORANG BUJANG SAHAJA

Bahan-bahan ( dalam 16 biji )

50 gm mentega (dilembutkan)
150 gm gula perang
3 biji telur gred B(saiz sederhana)
125 gm tepung naik sendiri
25 gm serbuk koko
untuk topping
2 cawan gula aising
3 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar/cair/uht
sedikit cip cokelat dan cip putih
Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 190 darjah celsius terlebih dahulu. Letakkan acuan kertas pada loyang cupcakes/muffin.
Dalam mangkuk adunan yg sesuai, masukkan mentega gula perang halus dan telur, kemudian ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk koko
Gunakan whisk dan whisk selama kurang lebih 2 minit agar adunan sebati dan tuangkan adunan ke dalam acuan kertas pada takat 2/3 kertas(adunan akan naik sedikit)
Bakar selama 15 ke 18 minit. Kemudian sejukkan atas redai, sebelum dihias dengan frosting dan cip.
Untuk buat frosting, whisk mentega, susu, serbuk koko dan esen vanilla sehingga sebati, kepekatan atau kemanisan boleh diadjust ikut selera. Sapukan pada cupcakes yang dah sejuk dan hias sedikit dengan cip.
Selamat mencuba

NASI GORENG CINA KAMPUNG...


Bahan-bahan ( 2 orang )

Bahan A
2 biji telur (dipukul)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 genggam ikan bilis kecil(size S)
Bahan B
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada merah/5 biji cilipadi (ikut kepedasan yang disukai)
2 ketul isi ayam (size potong 12 ambil 2 ketul)
3 sudu sos tiram
1/2 kiub pati ayam
2 sudu minyak
2 sudu mentega
Garam
Sayur campur (ikut suka)
Bawang goreng
Daun sup
3 cawan nasi
Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga naik bau kemudian masukkan telur dan ikan bilis. Kacau-kacau supaya telur hancur. Goreng hingga ramuan sebati dan pastikan telur dan ikan bilis kering lebih kurang 5-10 minit.
Tutup api kemudian masukkan telur tadi ke dalam nasi putih. Masukkan sedikit garam dan gaul sebati. Ketepikan.
Dalam kuali yang sama tadi cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga naik bau dan masak.
Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
Masukkan nasi yang dicampur dengan telur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan sayur campur dan kacau.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.

Wednesday 7 March 2012

nasi goreng kampung

Category: Breakfast & Brunch
Style: Other
Special Consideration: Quick and Easy
Servings: 1

Ingredients:
200 gm nasi yang sudah dimasak
1 biji bawang putih (dimesin)
2 biji bawang merah
6 biji cili padi (dimesin halus)
2 biji cili merah
10 ekor ikan bilis 80 gm isi ayam atau isi udang (dipotong kecil)
2 biji telur ayam
3 tangkai kacang panjang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Directions:
Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sedikit garing.

Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili, kacau sehingga telur masak.

Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan cili merah.

:(

I’ll never be your mother’s favorite
Your daddy can’t even look me in the eye
Ooh, if I was in their shoes, I’d be doing the same thing
Sayin’ “There goes my little girl
Walkin’ with that troublesome guy”
When laying with you I could stay there
Close my eyes, feel you here forever
You and me together, nothing is better