Tuesday 27 March 2012

CUP CAKE ORANG BUJANG SAHAJA

Bahan-bahan ( dalam 16 biji )

50 gm mentega (dilembutkan)
150 gm gula perang
3 biji telur gred B(saiz sederhana)
125 gm tepung naik sendiri
25 gm serbuk koko
untuk topping
2 cawan gula aising
3 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar/cair/uht
sedikit cip cokelat dan cip putih
Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 190 darjah celsius terlebih dahulu. Letakkan acuan kertas pada loyang cupcakes/muffin.
Dalam mangkuk adunan yg sesuai, masukkan mentega gula perang halus dan telur, kemudian ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk koko
Gunakan whisk dan whisk selama kurang lebih 2 minit agar adunan sebati dan tuangkan adunan ke dalam acuan kertas pada takat 2/3 kertas(adunan akan naik sedikit)
Bakar selama 15 ke 18 minit. Kemudian sejukkan atas redai, sebelum dihias dengan frosting dan cip.
Untuk buat frosting, whisk mentega, susu, serbuk koko dan esen vanilla sehingga sebati, kepekatan atau kemanisan boleh diadjust ikut selera. Sapukan pada cupcakes yang dah sejuk dan hias sedikit dengan cip.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment